Jump to content
精冰论坛

Sign in to follow this  
JunoL

OBOR pacu kerjasama ekonomi kalangan negara

Recommended Posts

KUALA LUMPUR: Inisiatif Satu Jajaran, Satu Laluan atau 'One Belt, One Road' (OBOR) yang dilaksana sejak 2013 memacu kerjasama ekonomi bagi kalangan negara di sepanjang laluan.

Inisiatif rangkaian laluan darat China di Asia Tenggara itu adalah strategi pembangunan yang memberi fokus kepada kesaling hubungan dan kerjasama dalam kalangan negara yang terbabit, selain turut mewujudkan perkongsian manfaat kepada komuniti, keyakinan politik, integrasi ekonomi dan keterangkuman budaya.

Menurut laporan media Cimic News, dasar negara untuk melaksanakan ‘pembaharuan dan membuka peluang’ memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan ekonomi.

“OBOR menjadi matlamat strategik bagi China dan kawasan pesisirnya,” lapor Penulisnya, Adam Leung.

Dalam ucap utama Presiden Xi Jinping pada perasmian Forum Sidang Kemuncak Kerjasama Antarabangsa OBOR kedua, menyatakan beliau berkeyakinan penuh terhadap pelan pembangunan ekonomi China.

“Ekonomi China adalah meluas dan bukannya bersaiz kecil,” katanya.

Jinping mencetuskan cadangan dasar infrastruktur itu 6 tahun lalu bagi tujuan menghidupkan semula Laluan Sutera yang pada zaman dahulu menghubungkan Asia dengan bahagian lain dunia, menerusi pembinaan landasan kereta api, lapangan terbang, saluran paip dan lain-lain cara.

Antara kelebihan daripada inisiatif berkenaan ialah mendekatkan negara Eropah dan Asia; memacu pertumbuhan pelaburan asing China dan meningkatkan pengaruh negara itu di Eropah dan membuka peluang Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB) untuk menjadikan Renminbi sebagai mata wang antarabangsa.

Inisiatif yang diwujudkan sejak enam tahun lalu, merekodkan dagangan China dengan kalangan negara sebanyak AS$6 trilion dan 82 kerjasama luar negara.

Ia juga mewujudkan hampir 300,000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

 

分享主题


帖子链接
分享至其他网站

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
回复此主题...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

  • 最近游览

    No registered users viewing this page.

×
×
  • Create New...